1. |
Apa yang dimaksudkan dengan Pusat Bertauliah (PB)?Pusat Bertauliah (PB) adalah sesuatu organisasi sama ada sebuah instutut latihan atau syarikat yang dliluluskan oleh JPK bagi melaksanakan program latihan kemahiran berasaskan NOSS.
|
2. |
Apakah syarat atau kriteria untuk menjadi Pusat Bertauliah?Rujuk “Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah
Dibawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012” yang boleh dimuat turun dari laman web JPK |
3. |
Bagaimanakah cara untuk memohon menjadi pusat bertauliah JPK?Memohon secara online di http://eskm.dsd.gov.my dan menghantar bersama dokumen sokongan beserta bayaran sebanyak RM1500.00 dalam bentuk bank draf atau money order atas nama “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”. Rujuk “Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat BertauliahDibawahSistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012” yang boleh dimuat turun dari laman web JPK
|
4. |
Apakah kelayakan yang perlu ada pada Pegawai Penilai (PP) di pusat bertauliah?Mempunyai surat lantikan daripada pusat bertauliah, telah hadir kursus Induksi Pentaulliahan dengan jayanya, memiliki SKM sekurang-kurangnya 1 tahap lebih tinggi daripada tahap yang diajar dan memiliki sijil teknik mengajar yang diiktiraf oleh JPK.
|
5. |
Bagaimanakah cara untuk memperbaharui pentauliahan?Memohon secara online di http://eskm.dsd.gov.my dan menghantar bersama dokumen sokongan beserta bayaran sebanyak RM200.00 untuk setiap program dalam bentuk bank draf atau money order atas nama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.
|
6. |
Apakah program latihan kemahiran yang boleh ditawarkan oleh Pusat Bertauliah?Berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan. Sila rujuk laman web JPK untuk menyemak daftar NOSS.
|
7. |
Setelah mengemukakan permohonan Pusat Bertauliah, berapa lama saya perlu menunggu untuk mendapatkan keputusan sama ada dilulus atau tidak?Keputusan boleh diketahui dalam tempoh 3 bulan sekiranya permohonan lengkap dan semua keperluan seperti dinyatakan dalam panduan dipatuhi.
|
8. |
Siapakah yang layak mengikuti program latihan kemahiran?Warganegara yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama. walau bagaimanapun pusat bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih mereka.
|
9. |
Berapa lamakah tempoh latihan bagi mengikuti program persijilan Kemahiran Malaysia?Secara umum, tempoh latihan adalah seperti berikut:
|
10. |
Bolehkah bekas tahanan juvana atau sesiapa yang pernah dihukum atas apa-apa kesalahan jenayah mengikuti program latihan di Pusat Bertauliah?Boleh. Semua orang boleh mengikuti latihan tanpa mengira bangsa, agama, gender, sejarah lampau dan sebagainya. Yang utama beliau berminat, memenuhi syarat dan mampu mengikuti program berkaitan. Untuk makluman, program JPK juga ada ditawarkan di pusat serenti, pusat pemulihan akhlak malah di penjara.
|
11. |
Bagi permohonan pengeluaran SKM, apakah borang yang digunakan?Gunakan borang JPK/P3 /T1003.
|
12. |
Bagaimanakah cara untuk memohon lawatan PPL?Perlu memohon kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran.sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh lawatan PPLPemohon perlu menghantar senarai nama pelatih yang bakal diverifikasikan. Borang berkenaan boleh dimuat turun dari laman web www.dsd.gov.my di bawah pautan muat turun borang - Borang Senarai Calon Bagi Verifikasi PPL
|
13. |
Berapakah bayaran pendaftaran bagi calon antarabangsa.RM200 bagi setiap kemahiran dan tahap
|
14. |
15. |
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kehilangan sijil SKM?Sekiranya berlaku kehilangan sijil, sila isikan borang JPK/SG/h4 yang boleh diperolehi daripada laman web JPK dan kemukakan dokumen-dokumen berikut (ASAL) untuk mendapatkan salinan SKM:
|
16. |
Apakah faedah mengikuti Persijilan Kemahiran Malaysia?Diiktiraf oleh industri di Malaysia, memberi suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik dan berupaya melahirkan pekerja mahir terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing negara di pasaran dunia.
|
17. |
Bagaimanakah struktur Persijilan Kemahiran Malaysia?Terbahagi kepada 5 tahap seperti berikut :
|
18. |
Apakah kaedah untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia?3 kaedah iaitu:
|
19. |
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya sijil SKM belum diterima dari Pusat Bertauliah sedangkan Pusat Bertauliah tersebut telah ditutup?Sila kemukakan surat rasmi kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan sertakan bukti kehadiran semasa pengajian di Pusat Bertauliah berkenaan berserta portfolio.
|
20. |
Bagi permohonan pengeluaran SKM, apakah borang yang digunakan?Gunakan borang JPK/P3 /T1003.
|
21. |
Bagaimanakah cara untuk memohon lawatan PPL?Perlu memohon kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran.sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh lawatan PPL. Pemohon perlu menghantar senarai nama pelatih yang bakal diverifikasikan. Borang berkenaan (Borang Senarai Calon Bagi Verifikasi PPL) boleh dimuat turun dari laman web www.dsd.gov.my di bawah pautan “muat turun borang”.
|
22. |
Berapakah bayaran pendaftaran bagi calon antarabangsa.RM200/orang bagi setiap tahap kemahiran
|
23. | |
24. |
Adakah satu kemestian untuk sesuatu projek yang disediakan dalam persijilan DKM & DLKM perlu memenuhi sekurang-kurangnya 80% keterampilan yang digariskan dalam NOSS?Bukan 80% tetapi sekurang-kurangnya 25% daripada ketrampilan utama dalam NOSS.
|
25. |
Saya memiliki SKM Peringkat Asas. Bolehkah saya mengikuti latihan untuk SKM Tahap 2 tanpa mendapatkan SKM Tahap1?Ya, boleh dengan syarat permohonan bagi bagi kemahiran yang sama. SKM Asas adalah dianggap bersamaan dengan SKM Tahap 1.
|
26. |
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah PPT?Satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan ketrampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) /National Occupational Skills Standard (NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
|
27. | |
28. | |
29. | |
30. |
Apakah beza diantara daftar NOSS dan NOSS?Daftar NOSS adalah senarai semua NOSS dalam lima (5) sektor utama (Pembuatan, pertanian, pekhidmatan, pengangkutan dan perlombongan). Manakala NOSS adalah satu dokumen yang mengariskan ketrampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan.
|
31. |
Bagaimana saya boleh mendapatkan NOSS?NOSS boleh diperolehi di pejabat JPK Putrajaya dan Cyberjaya. Setiap NOSS berharga RM20.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan, atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.
|
32. |
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kemahiran yang dimiliki tidak memenuhi sebahagian keperluan NOSS?Pemohon perlu memenuhi kemahiran seperti yang ditetapkan dalam keperluan NOSS:
|
33. |
Bagaimana hendak memohon SKM melalui kaedah PPT?Pemohon perlu:
|
34. |
Berapakah kadar bayaran bagi pemohonan SKM melalui kaedah PPT? i. Kadar bayaran adalah sebanyak RM 300/tahap dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman
Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan (L.O), atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’. |
35. |
Bagaimanakah saya hendak mengetahui permohonan telah diterima? i. Permohonan yang layak, JPK akan mengeluarkan “Notis Pendaftaran dan Penugasan”
beserta resit kepada calon |
36. |
Kenapakah permohonan saya ditolak? i. Borang permohonan tidak lengkap; atau
|
37. |
Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima “Notis Pendaftaran dan Penugasan”?Calon perlu menghubungi PP untuk menetapkan tarikh sesi kaunseling dan penilaian
|
38. | |
39. | |
40. |
Bolehkan saya memohon pertukaran PP-PPT yang telah ditugaskan?TIDAK DIBENARKAN.
|
41. | |
42. |
Sekiranya saya telah menyelesaikan proses kaunseling dan penilaian, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya? i. PP-PPT akan menghubungi Unit PPT, JPK untuk memohon sesi verifikasi.
|
43. |
Sekiranya saya telah selesai verifikasi, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya? i. PPL akan menghantar borang pengeluaran sijil kepada JPK dan sijil akan dihantar terus
kepada calon/ agensi yang menguruskan permohonan calon. |
44. | |
45. |
Bagaimanakah kaedah untuk memohon PPT Khas?Calon hendaklah mengemukakan permohonan kepada Nahagian Malaysian Occupational Skill Qualification (MOSQ), JPK dalam bentuk 'folio' yang merangkumi dokuman-dokumen berikut :
|
46. |
Ke manakah aduan mengenai PPT hendak disalurkan?Semua aduan hendaklah dibuat secara rasmi dengan menghantar surat kepada pengarah MOSQ.
|
No comments:
Post a Comment